Wednesday, 16 December 2015

KOLONI KELULUT



Koloni Kelulut dlm Sarang Anai-anai..Sungguh MUDAH, CEPAT & MURAH...
  Raja Kelulut Malaysia 






Koloni Kelulut dalam sarang anai-anai ini sangat mudah dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain. Satu trip perjalanan juga dapat dipindahkan dalam jumlah yang banyak. Sebagai contoh, lori 3 tan boleh memuatkan lebih dari 250 koloni dalam satu-satu masa.

Sekarang ini, sudah ramai golongan profesional meminati penternakkan kelulut kerana penternakkan ini memerlukan penjagaan yang sgt minima. Jika proses penpindahan kelulut ke dalam kotak juga mudah dan tidak perlu mengupah pemotong kayu tentunya mereka tidak berfikir panjang untuk memilih koloni jenis ini.

Koloni jenis ini juga biasanya sangat stabil. Apabila koloni dipindahkan ke dalam kotak baru, kelulut akan terus bekerja untuk memenuhi setiap ruang yang ada. Kalau sebelum ini mereka mempunyai ruang yang sgt sempit.. Bila dah dapat 'BANGLO BARU' apa lagi, gembira sakan ler..Kebetulan pula kotak RK yang kami design sgt digemari oleh kelulut jenis ini. mereka akan cepat membina sarang baru..

Kini kami boleh membekalkan sehingga 200 koloni jenis ini dalam seminggu tetapi jika anda nak mendapatkan koloni ini anda kena hubungi saya dahulu untuk mengetahui jumlah stok yang ada pada masa itu. Harga koloni juga bergantung kepada jumlah yang dibeli pada satu2 masa.

Bawah 9 Koloni = RM 160 / koloni
10 hingga 19 = RM 155/koloni
20 hingga 99 = RM 150/ koloni
100 ke atas = RM 145/ koloni

Harga di atas tidak termasuk kos penghantaran. Kami sangat menyarankan jika anda sendiri datang dan mengambilmya sendiri supaya dapat meminimakan kos pengangkutan..

Jika Anda juga berminat utk mendapatkan sekali kotak RK, anda mesti beritahu kami awal kerana proses menyiapkan kotak mengambil masa yang lama sedikit.

Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan sila hubungi

En. Izzi 014 545 6676

JOM KITA SAMA-SAMA MEWARNAI DUNIA LEBAH KELULUT UTK KESIHATAN BADAN DAN POKET KITA ...

No comments:

Post a Comment